
Kehebatan Ella..
Ella bersama-sama kumpulan rock Ella and the Boys telah menang pertandingan Battle of the Band anjuran RTM.
Ella ialah artis Malayu pertama yang mengeluarkan album video iaitu yang berjudul 'Ella Mood' pada tahun 1991.
Ella ialah artis Malaysia pertama yang berjaya mencapai jumlah jualan album sehingga 350 000 unit. Album tersebut ialah 'Ella USA' yang diterbitkan di Amerika. Tidak ada artis solo lain yang berjaya mencatat jumlah jualan sebanyak itu, kecuali artis kumpulan Search (400 ribu), Wings (400 ribu) dan Raihan (600 ribu).
Melalui album 'Ella USA' ELla menjadi artis pertama Malaysia yang menerbitkan album sepenuhnya di Amerika Syarikat.
Ella ialah satu-satunya artis rock wanita yang masih bertahan hingga kini dan menjadi artis rock wanita yang paling lama bertahan tanpa mengubah konsep muziknya. Rock all the way, bebeh.
Ella terlebih dahulu menjadi Duta Muhibah Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia sebelum Siti Nurhaliza. Ella pernah menderma sebanyak RM100 000 kepada persatuan tersebut.
Ella pernah muncul di Stesen Televisyen terkenal di Amerika Syarikat iaitu 'Music Television (MTV)' untuk sesi temuramah.
Ella pernah dipilih sebagai 'Role Model' oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi mempromosikan pemikiran positif di kalangan belia dan muda-mudi.
Ella menang 'Anugerah Artis Wanita Popular 1993' (dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1993).
Nama Ella tercatat dalam 'Malaysia Book Of Records' sebagai 'Artis Wanita Pertama Yang Mempunyai Penjualan Album Terbanyak' (pada tahun 1998).
Album Ella berjudul 'Ella 30110' pernah mencatat sejarah sebagai album pertama mencatat jualan terbanyak dalam tempoh masa yang singkat.
Ella adalah penerima Sijil MBR (Edisi Emas) sebagai penghargaan kepadanya yang telah mengekalkan rekodnya selama sepuluh tahun.
No comments:
Post a Comment